Isnin, 30 Ogos 2010

Tanggapan Anda Tentang Diriku

Tak kisah, apa pun jua tanggapan anda terhadap diriku... yang penting, aku bukanlah seburuk yang kalian fikirkan. Buat semua rakan yang setia, jujur dan telus dalam persahabatan ini, insyallah, Allah Maha Adil dan akan membuktikan segala kebenaran kelak.

amiin..

Ahad, 29 Ogos 2010

Di antara sahabat, saudara atau "MUSUH" ?

Dahulu aku tak dapat membezakan di antara sahabat, saudara dan musuh... Aku selalu beranggapan baik terhadap orang, dan selalu berharap agar orang yang berjumpa, berkomunikasi, dan berurusan denganku adalah orang-orang baik, yang menginginkan kebaikan dan saudara "seagama".

Apatah lagi bila mana orang itu berpakaian dan kelihatan warak, berpakaian seperti seorang "Wali" dan selalu menyebut nama Allah...

Ya Allah, setelah melalui macam-macam pengalaman dalam hidup ini, aku akhirnya telah faham dan banyak belajar, bahawa, manusia SAMA SEKALI BUKAN seperti apa yang kita lihat ! Manusia BUKAN sama seperti apa yang kita harapkan....

Pengajaran ini adalah penting untuk diriku sendiri, dan untuk seluruh manusia yang belum mengetahui... Ketahuilah... pakaian, tutur kata dan kelakuan seseorang TIDAK SEMESTINYA menjanjikan kebaikan pada dirinya ! Jangan cepat percaya pada sesiapa yang kita temui... jangan cepat percaya kepada tutur kata manusia... dan jangan cepat menganggapi seseorang itu sebagai "ALIM" atau "BOLEH DIPERCAYAI" hanya dari segi kelakuan atau pakaiannya.. kerana manusia rupanya pandai berlakon dan berpura-pura...

Mudah-mudahan apa yang aku telah lalui menjadi pengajaran yang amat berharga untuk diriku, dan untuk setiap insan yang masih tiada pengalaman atas situasi ini... berhati-hatilah wahai diriku, berhati-hatilah wahai manusia, terhadap manusia lain yang penuh tipu-daya yang menyesatkan, yang hanya bertopengkan "AMALAN MULIA" berpakaian seperti "WALIULLAH"... tetapi perlakuan sebenar seperti binatang.

Semoga Allah yang Maha Adil dan Maha Kuasa memberikan balasan yang setimpal ke atas manusia zalim yang berperilaku seperti ini...

Kejayaan HANYA untuk orang-orang yang tak pernah berputus asa !

Jika anda sedang berjuang untuk hidup ini, anda mestilah banyak bersabar dan berdoa secara terus menerus tanpa henti. Semakin banyak kegagalan yang anda tempuh, semakin banyak lagi doa yang perlu anda hidangkan, semakin keras lagi usaha yang perlu anda laksanakan. Jika anda tak buat ini, hidup anda tidak akan berubah dan anda akan menjadi sesal dalam hidup ini.

Anda haruslah sentiasa belajar dari kegagalan demi kegagalan yang anda lalui, kerana jika anda jenis yang selalu berusaha untuk belajar dari kesilapan dan kegagalan demi kegagalan, maka, semakin banyak kegagalan yang anda lalui, semakin besarlah harapan anda untuk berjaya.

Untuk diriku, kuatkan semangatmu wahai diri, dan teruskan langkahmu menuju kejayaan. Insyallah, pasti ada sinar di hadapan.

Sabtu, 10 Julai 2010

Salam Semua

Ketahuilah...

blog ini mewakili diri v.

Perjalanan hidup ini bukannya sentiasa indah. Tapi v masih ada di sini, dan akan terus ada di sini, untuk menunaikan janji yang telah termeterai... walau pun anda tak memahami situasinya.

Bersabarlah dengan kemelut yang melanda, yang pastinya hanya buat seketika sahaja. Sampai waktunya, insyallah, segalanya akan selesai dengan baik, dan semua usaha suci yang diredhoi Allah, akan terbukti hasilnya.

Berdoalah agar segala usaha ikhlas ini, akan mampu meleraikan setiap kekusutan dan kebingungan, serta penderitaan yang melanda.

Janji Allah: Sesungguhnya selepas kesusahan, ada kemudahan...selepas kesusahan ada kemudahan... dan selepas kesusahan ada kemudahan...., jika anda tidak yakin pada v, sekurang-kurangnya, Yakinlah pada Janji Allah ini...


Amiiin. Insyallah.


Ikhlas Sepanjang Hayat,

vv