Ahad, 29 Ogos 2010

Kejayaan HANYA untuk orang-orang yang tak pernah berputus asa !

Jika anda sedang berjuang untuk hidup ini, anda mestilah banyak bersabar dan berdoa secara terus menerus tanpa henti. Semakin banyak kegagalan yang anda tempuh, semakin banyak lagi doa yang perlu anda hidangkan, semakin keras lagi usaha yang perlu anda laksanakan. Jika anda tak buat ini, hidup anda tidak akan berubah dan anda akan menjadi sesal dalam hidup ini.

Anda haruslah sentiasa belajar dari kegagalan demi kegagalan yang anda lalui, kerana jika anda jenis yang selalu berusaha untuk belajar dari kesilapan dan kegagalan demi kegagalan, maka, semakin banyak kegagalan yang anda lalui, semakin besarlah harapan anda untuk berjaya.

Untuk diriku, kuatkan semangatmu wahai diri, dan teruskan langkahmu menuju kejayaan. Insyallah, pasti ada sinar di hadapan.